Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga lagi selamat selepas mereka dihanyutkan arus semasa mandi di kawasan Rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di Pahang, pada Jumaat.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Amirun Mohamad, 14 tahun dari Jabor, Terengganu, difahamkan ke lokasi kejadian bersama ahli keluarganya sekitar 2 petang untuk berkelah.